Monday, November 17, 2008

TANDA-TANDA AWAL KANSER

TANDA-TANDA AWAL KANSER

PENYAKIT WANITA

01) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

02) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

03) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

04) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

05) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

06) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

07) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

08) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

09) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.


10 Penyebab utama Kanser

01) Makanan
02) Tembakau
03) Alkohol
04) Radiasi
05) Sinaran cahaya matahari
06) Pekerjaan
07) Pengambilan ubat
08) Pencemaran air dan udara
09) Perokok yang tidak aktif
10) Keturunan

Wednesday, November 12, 2008

BARAH PAYUDARA


PENYAKIT WANITA

BARAH PAYUDARA


Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel. Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.
Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign (tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini.
Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.
Punca Berlakunya Barah PayudaraSetakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling).


RISIKO BARAH PAYUDARA

Apa yang kita tahu hanyalah faktor risiko. Faktor risiko merupakan suatu perkara yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit lemah jantung.
Risiko seorang individu terhadap sesuatu penyakit tidak mudah ditentukan kerana pengaruh faktor-faktor risiko berbeza. Seorang wanita seharusnya mengetahui dan memahami apakah faktor-faktor yang akan mempengaruhi risikonya terhadap kanser payudara.
Kami belum lagi dapat memahami mengapa adanya mereka yang mempunyai faktor risiko seperti riwayat keluarga (pertalian keluarga dengan penghidap penyakit barah) dan terdedah kepada risiko pengambilan bahan serta sumber berasaskan tembakau, bebas daripada serangan penyakit ini.
Manakala, mereka yang daripada kumpulan berisiko rendah pula tidak terlepas daripada menghidap penyakit ini. Pertalian adalah kompleks dan mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain yang tidak ternyata. Untuk seketika ini misterinya akan terus berpanjangan serta menjadi tanda tanya.

PENYAKIT BARAH PAYUDARA DI KALANGAN LELAKI

Lebih kurang 1% daripada kanser payudara setiap tahun di Amerika Syarikat terdiri daripada kaum lelaki. Trend ini semakin menaik di Amerika Syarikat. Sebanyak 1,690 kes baru di jumpa di kalangan kaum lelaki setiap tahun (anggaran 2005), dan lebih kurang 460 akan meninggal dunia akibat penyakit ini. Kanser payudara telah meningkat sebanyak hampir 50% dalam 3-4 tahun kebelakangan ini.Kaum lelaki tidak patut meninggal dunia akibat penyakit ini hanya kerana mereka tidak sedar penyakit ini boleh berlangsung di kalangan kaum lelaki juga. Lelaki dengan sejarah kanser payudara di kalangan ahli keluarga mesti memeriksa diri mereka dengan tetap dan berjumpa dengan doktor mereka sebaik sahaja mereka memerhatikan sesuatu perubahan. Rawatan mereka sama dengan rawatan bagi kaum hawa. Lebih awal mereka mengesan kanser mereka, lebih baik kemungkinan mereka menjalani rawatan yang berjaya.Di negara barat, majoriti kes kanser payudara lelaki adalah di kalangan pesakit dalam lingkungan umur 50an atau 60an. Sama seperti kaum wanita, gen kanser payudara (BRCA2) juga membawa kesan kepada kaum lelaki dan meningkatkan risiko mereka menghidap kanser payudara.Di Malaysia, Daftar Kanser Kebangsaan melaporkan 56 kes baru kanser payudara lelaki pada 2002 dan 24 kes baru pada 2003.Pada 2002, kanser payudara dikesan di kalangan 26 lelaki Melayu, 22 lelaki Cina dan 5 lelaki India. 71% (40 daripada mereka) daripada mereka yang didiagnosis adalah berumur 50 tahun atau lebih.Daripada 24 kes baru yang dilaporkan pada 2003, 11 adalah kaum Cina,7 adalah kaum Melayu. 71% daripada mereka berumur lebih daripada 50 tahun.



FAKTOR-FAKTOR RISIKO BARAH PAYUDARA

Penyebab utama kanser payudara masih belum diketahui dan dipercayai bahawa lebih daripada satu faktor yang mengakibatkannya. Pakar pengkaji percaya bahawa faktor penyebab termasuk faktor genetik dan faktor alam sekitar. Keutamaan telah ditumpukan kapada individu yang mempunyai risiko tinggi.
Diet untuk mencegah benjolan pada PAYUDARA
01) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
02) Hindari makanan ringan yang masam
03) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
04) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
05) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

Wednesday, November 5, 2008

BARAH PANGKAL RAHIM

PENYAKIT WANITA


Sakit Puan


Barah Pangkal Rahim


Pendarahan selepas persetubuhan.
Berlakunya pendarahan selepas hubungan kelamin boleh menimbulkan ketakutan di kalangan wanita khususnya di kalangan umur empat puluhan ke atas. Ini satu simtom yang tidak boleh dipandang ringan oleh wanita kerana ia boleh menandakan ujudnya satu penyakit di pangkal rahim yang mungkin berkaitan dengan pertumbuhan kanser.
Jika ia berlaku sebaiknya wanita
berkenaan berjumpa dengan pakar sakit puan dengan secepat mungkin untuk mendapat pemeriksaan peranakan dan membuat ujian-ujian yang sewajarnya seperti cervical pap smear test bagi mengesan punca pennyakit. Jangan tangguhkan perkara ini kerana jika ia disebabkan oleh kanser rahim ia akan membawa pada padah yang lebih buruk. Walau demikian terdapat beberapa punca pendarahan selepas bersetubuh yang bukan disebabkan oleh kanser. Misalnya, berlakunya jangkitan kuman pada pangkal rahim, hakisan atau erosion pada pangkal rahim dan tumbuhan polyp atau fibroid pada pangkal rahim.






Apa tindakan yang perlu?

Sebaiknya wanita yang mengalami pendarahan selepas bersetubuh atau post-coital bleeding patut mengunjungi doktor pakar sakit puan dengan secepat mungkin untuk mendapat pemeriksaan yang sewajar.
Doktor pakar akan membuat pemeriksaan peranakan serta membuat ujian pap smear, ini adalah satu ujian pelapis bagi kanser pangkal rahim. Di samping itu ketika memeriksa jika ada tumbuhan seperti polyps atau kesan jangkitan kuman rawatan sewajar dapat dilakukan. Misalnya kalau ada polyp atau cervical fibroid ianya dikeluarkan tanpa pembedahan. Bius boleh dilakukan di klinik sahaja. Jika terdapat kesan-kesan jangkitan kuman pembersihan ubat dan anti-septik perlu dilakukan, amalan ini perlu diteruskan oleh wanita-wanita yang khususnya mengalami keputihan yang sering disertai dengan bau, kegatalan atau lelehan yang berwarna serba kuning atau hijau. Rawatan juga merangkumi bahan kimia cautery iaitu penggunaan bahan kimia cecair seperti albothyl yang boleh disapukan pada pangkal rahim yang mengalami hakisan atau erosion akibat jangkitan kuman.



Contoh pap Smear aakan dihantar ke makmal hystopathology dan biasanya keputusan akan didapati dalam beberapa hari kemudian. Pemeriksaan makmal terhadap pap smear ini akan dianggap sebagai satu yang perlu dilakukan dengan segera dan ingatan ini biasa disampaikan pada pihak makmal. Apabila keputusan sudah didapati daripada makmal pesakit atau wanita berkenaan akan dihubungi oleh klinik doktor dengan secepat mungkin. jika terdapat kelainan atau keganjilan pada ujian pap smear. Biasanya keputusan merangkumi empat peringkat iaitu:

I) normal.

II) jangkitan kuman.

III) perubahan sel-sel seperti metaplisa, dysplasia dan juga perubahan sel-sel ke peringkat pra-kanser ataupun carcynoma-incytoe.

IV) menandakan adanya sel-sel kanser.


Langkah-langkah ujian atau rawatan yang selanjutnya bergantung pada laporan pap smear tersebut. Jika ia dalam lingkungan dalam kelas pertama atau kedua iaitu normal atau jangkitan kuman biasanya rawatan berikutnya adalah untuk menjaga kebersihan faraj dan diberi ubat anti-biotik untuk kuman yang menjangkitinya dan wanita itu diberi juga vitamin yang boleh meningkatkan ketahanan badan seperti multi-vitamin dan vitamin C. Jika keputusan pap smear menunjukkan kelas ke-III, ke IV, ke-V ujian lanjut perlu dilakukan.
Setengah pakar sakit puan akan melakukan apa yang digelar colposcopy dan biopsi. Colposcopy ialah sejenis pemeriksaan peneropongan ke atas pangkal rahim untuk mengesan bahagian mana yang mungkin ada tanda-tanda sel luar-biasa dan dari situ ia akan mengambil secebis tisu. Proses ini digelar sebagai biopsi dan tisu ini akan dihantar ke makmal untuk hystopathology untuk mengesahkan kanser ataupun lainnya.
Kadang-kadang doktor pakar sakit puan tidak melakukan colposcopy tetapi ia terus akan membawa pesakit ke hospital untuk melakukan apa yang dipanggil cervical biopsy.

Di sini pesakit perlu dibius dan sebahagian pangkal rahim akan dipotong untuk dianalisa di makmal. Keputusan makmal akan mengesan jika ada kanser atau tidak dan setakat mana kanser itu telah tumbuh, sama ada ia masih kekal pada pangkal rahim ataupun ia telah mula merebak kepada bahagian-bahagian lain, di bahagian persekitaran. Langkah-langkah ini adalah sangat penting sebelum rawatan tertentu diberikan kepada pesakit.

Oleh itu,saya ingin mengingatkan lagi betapa pentingnya wanita yang mengalami masalah pendarahan selepas bersetubuh walaupun sedikit pun untuk jangan melengah-lengahkan masa. Sebaiknya ia terus berjumpa dengan pakar sakit puan yang terdekat sekali








PENYAKIT ENDOMETRIOSIS


Penyakit endometriosis merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.


Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar "darah kotor" atau darah haid.


Bagaimana endometrium terjadi?

Pada kebiasaannya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), tiub saluran fallopian, pundi-pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan. Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan luar biasa saiznya pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.
Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang ada penyakit endometriosis.


Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.
Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.
J
ika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.



Bolehkah Pesakit Kanser Sembuh?

Reaksi orang terhadap pesakit kanser adalah berbeza. Ada yang terlalu takut kepada penyakit kanser, ada yang biasa sahaja dan ada juga yang tidak kisah terhadap penyakit kanser. Ada sesetengah orang pula mengalami ketakutan atau fobia kanser. Ini merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu sentiasa bimbang dan terganggu fikirannya; mungkinkah dia diserang penyakit kanser apabila timbul sesuatu tanda di badannya! Orang seperti ini sering menemui doktor jika timbul apa-apa masalah walaupun remeh-temeh dan fikirannya sentiasa terganggu oleh sebab ketakutan terhadap penyakit kanser. Walaupun kita mesti berwaspada terhadap kemungkinan penyakit kanser, khususnya mereka dalam golongan berisiko sama ada dari segi umur, terdedah terhadap bahan-bahan yang mungkin karsinogenik seperti tabiat merokok, pendedahan terhadap bahan kimia, pancaran X-ray dan sebagainya, namun kita tidak perlulah sentiasa hidup dalam ketakutan hingga jiwa kita tidak tenteram. Sebaiknya, kita mengambil langkah berjaga-jaga dan terdapat ujian-ujian penapisan seperti X-ray, ujian sel pangkal rahim (pap smear), ujian darah atau sebagainya yang boleh mengesan kanser sebelum ada tanda kita patut mengambil langkah-langkah yang sewajar.



Pengrawatan Fibroid Dilakukan Secara Pembedahan

Rawatan yang khusus bagi fibroid, khususnya yang besar serta menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti gangguan perkencingan ataupun menyebabkan rahim turun ke bawah (prolaps) ialah pembedahan. Beberapa perkara penting perlu diambi kira sebelum seseorang doktor memilih tentang jenis dan kaedah pembedahan. Perkara yang penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak lagi atau tidak, dan kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim (prolaps) atau tidak.


Bagi wanita yang masih muda dan masih mahu melahirkan anak dan mereka yang mengalami masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan melalui perut di mana ketumbuhan fibroid sahaja yang perlu dibuang. Pembedahan ini dinamakan myomektomi. Myoma ialah nama bagi ketumbuhan fibroid. Oleh itu, pembedahan tersebut dinamakan myomektomi. Kadang-kala seesorang wanita itu boleh ditumbuhi beberapa fibroid. Saya pernah membuang lebih 20 ketulan myoma yang saiznya seperti guli kecil sehingga sebesar bola tennis.

Pembedahan untuk membuang ketumbuhan fibroid atau myomektomi, kadang-kala menimbulkan masalah jangka-panjang di mana fibroid mungkin tumbuh semula dan menimbulkan gejala kesihatan yang akhirnya mungkin memerlukan satu lagi pembedahan di mana rahim dan ketumbuhan tersebut perlu dibuang sekaligus.
Pembedahan Untuk Membuang Rahim (Hysterektomi)
Pembedahan yang mutlak bagi wanita yang menghidap tumbuhan fibroid, khususnya mereka yang tidak bercadang untuk melahirkan anak lagi kerana mungkin mereka telah mempunyai bilangan anak yang cukup ataupun telah menjangkau umur lebih daripada 40 tahun dan ketumbuhan ini menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan, ialah pembedahan hysterektomi. Pembedahan ini dianggap sebagai satu pembedahan besar dan biasanya seseorang itu perlu tinggal di hospital selama seminggu. Pembedahan ini memerlukan lebih kurang sebulan setengah untuk pulih kepada keadaan sediakala.


Ramai juga wanita yang tidak begitu gemar menjalani pembedahan hyisterektomi kerana ini akan menyebabkan dia kehilangan rahim, iaitu lambang kewanitaan mereka. Tanpa rahim, haid tidak lagi keluar. Sebenarnya, seseorang wanita yang menghidap penyakit dalam rahim dan tidak mahu melahirkan anak, dia tidak lagi perlu memikirkan, bahawa rahim tersebut sebagai lambang kewanitaannya dan untuk mengekalkan kejelitaannya. Rahim hanyalah berfungsi untuk menaungi dan melindungi janin dalam kandungan. Rahim bukan satu organ yang melambangkan kejelitaan wanita dan ia juga tidak penting bagi menentukan hubunga seksual yang memuaskan. Sebenarnya haid bukan satu lambang kewanitaan, tetapi haid itu sebenarnya merupakan tanda bahawa seseorang itu tidak mengandung. Jika seseorang wanita itu mengandung maka haidnya akan berhenti.

PUTUS HAID (MENOPAUSE)

PENYAKIT WANITA

PUTUS HAID(MENOPAUSE)


Putus haid atau menopause adalah waktu pertengahan umur seseorang wanita itu di mana dia berhenti mengeluarkan haidnya. Ia terjadi apabila ovari berhenti menghasilkan telur. Selalunya ia terjadi secara perlahan-lahan dalam suatu jangka waktu yang panjang. Namun begitu, ada juga kes dimana ia berlaku secara tiba-tiba dan cepat. Jangka waktu yang diambil untuk mengalami putus haid secara terus dipanggil perimenopause. Ia akan mempengaruhi hormon, tubuh badan dan perasaan. Satu lagi istilah yang diberi kepada jangka waktu yang diambil oleh seorang wanita semasa perubahan dari tahap kesuburan tinggi kepada ketidaksuburan ialah 'climateric'. Semasa perimenopause, pengeluaran estrogen dari ovari semakin berkurangan dan perlahan. Ini menyebabkan paras hormon tidak stabil. Ketakstabilan paras hormon inilah yang menyebabkan beberapa perubahan tertentu dalam wanita yang putus haid. Masa selepas putus haid pula dipanggil postmenopause. Terdapat juga kes dimana terdapatnya 'artificial menopause' iaitu putus haid yang berlaku secara bukan semulajadi. Misalnya di dalam kes pembedahan pembuangan ovari yang rosak ataupun terpaksa dibuang oleh sebab terdapatnya ketumbuhan. Dalam kes seperti ini, putus haid berlaku dengan cepat dan tiba-tiba tanpa melalui proses perimenopause.



MENGAPA BERLAKUNYA PUTUS HAID

Organ yang bertanggungjawab dalam menghasilkan hormon ialah hipotalamus, pituitari dan ovari. Hipotalamus dan pituitari terletak di dalam otak manusia manakala ovari terletak di kedua-dua belah uterus.Keseluruhan sistem ini pula dipanggil sistem endokrin. Hipotalamus akan menyambungkan otak kita dengan sistem endokrin dan akan mengawal kitaran haid dengan bertindak ke atas pituitari.

Sebelum haid bermula, paras rendah estrogen dan progesteron akan memberi isyarat kepada hipotalamus untuk memulakan kitaran semula. Hipotalamus kemudiannya akan menghantar isyarat ke pituitari dan kitaran bermula sekali lagi. Semasa kelahiran seorang bayi perempuan, ovarinya mempunyai lebih kurang 2 juta telur. Apabila dia mula untuk mempunyai haid, terdapat hanya kira-kira 75 ribu yang tinggal. Selepas akil baligh, 8-10 telur membesar setiap bulan. Selalunya salah satu daripadanya akan matang. Kira-kira 10 tahun sebelum menopause
, ovari akan mula ketiadaan telur, kesuburan berkurang, penghasilan estrogen berkurangan dan kitaran haid menjadi tidak normal. Pituitari akan terus merembeskan FSH dan LH dengan harapan untuk mengaruh ovari, jadi paras FSH dan LH meningkat. Apabila menopause semakin hampir, ovulasi berhenti, begitu juga penghasilan progesteron. Semasa sebelum menopause, estrogen akan dihasilkan seperti biasa dan oleh kerana ketiadaan progesteron, penebalan dinding tidak dapat dikawal. Oleh itu, apabila pendarahan berlaku, ia menjadi lebih banyak dan menyebabkan kesakitan. Apabila menopause berlaku, ovari akan berhenti menghasilkan estrogen.



TANDA-TANDA PUTUS HAID

Apabila seorang wanita menghampiri putus haid, kitar haid akan menjadi tidak stabil di mana kadang-kadang ianya terjadi terlalu kerap atau terlalu jarang. Selain itu, terdapat simptom-simptom lain yang akan turut berlaku iaitu:
* Kesakitan sendi
* Susah untuk memfokus mengenai sesuatu perkara
* Sakit kepala
* 'Hot flushes'
* Tidak boleh tidur
* Perubahan mood
* Kekeringan bahagian vagina
* Peluh di waktu malam
* Simptom yang dikaitkan dengan simptom sebelum kedatangan haid
* Perpeluhan yang teruk
* Kencing yang kerap


SENGGUGUT

PENYAKIT WANITA



SENGGUGUT



Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita. Senggugut dibahagikan kepada dua iaitu Senggugut utama dan Senggugut kedua.


Senggugut utama
Senggugut utama atau Senggugut primari adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.



Senggugut kedua
Sementara senggugut Senggugut sekondari disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim ( endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.



Risiko senggugut
Pemeriksaan doktor adalah diperlukan memandangkan endometriosis boleh menyebabkan kemandulan.
Gamat berkesan menahan sakit dan radang ketika senggugut. la turut memainkan peranan dengan mengurangkan pengeluaran prostaglandin tadi.
Diambil daripada.



ANTARA UBAT-UBAT SEBGGUGUT YANG SERING DI AMBIL